Friday, October 30, 2015

Oh laut

Assalamualaikum
jom baca puisi tentang laut ;)















Oh laut
Birumu menenangkanku
Birumu membuatku kagum
Birumu memanjakan mataku

Oh laut
Ombak yang berkejar kejaran
Mencumbu bibir pantai
Bermain bersama debur dan batu

Oh laut
Kau membentang biru
Di kaki saujana kau berada
Indahmu menyapa hangat penduduk negeri

Oh laut
Kau kaya
Ikan ikan mutiara
Ada di rahimmu
Kau kandung di akar biru

Oh laut
Aku ingin slalu memandangmu
Merasakan angin menjambah kulitku
Memandang biru
Hingga aku putih dan buta.

permainan tradisional

Asalamualaikum
jom kita sama sama ketahui beberapa permainan tradisional.. :)

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Sepak Raga


Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Menimang Bola
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.
Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Permainan Gasing


Permainan gasing adalah permaian yang popular di Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja boleh dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar bermain gasing.
Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Membuat Gasing
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
Cara Bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Pertandingan Gasing
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Permainan Konda Kondi

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.
Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
terima kasih ... :)

surat dari bumi

assalamualaikum.. :)

..jom baca sama sama..

keadaan bumi kita apabila dijaga... :)




keadaan bumi kita apabila tidak dijaga :(





Wahai manusia, tahukah kalian kalau saat ini aku telah mulai rapuh? Tahukah kalian kalau aku ibarat seorang kakek tua yang sudah harus beristirahat. Setiap hari aku harus merasakan tebalnya asap pembakaran yang kalian lakukan hingga aku tak mampu memandang indahnya rembulan. Setiap saat aku harus merasakan kotornya sampah yang kalian letakkan di tubuhku ini hingga membuatku merasa sangat jijik dengan diri sendiri.


Wahai manusia, saat ini aku kepanasan. Demam tinggi tubuhku yang sering kalian sebut global warming telah membuat kulitku tak mampu lagi menahan panasnya cahaya sang surya. Apakah kalian mampu merasakan penderitaan ini?

Wahai manusia, malam ini aku menangis. Titik hujan yang menetes hari ini adalah tangisanku untuk menjaga suhu udara agar kalian mampu bertahan hidup tapi... mengapa masih saja ada diantara kalian yang mengeluh? Apakah kalian tidak memikirkan hal itu? Atau kalian mau jika udara semakin panas dan membakar tubuh kalian?

Wahai manusia, sejuta pohon yang kalian tanam untukku tak akan berarti apa-apa jika kalian tak merubah kebiasaan buruk kalian. Jika kalian terus saja membuang polusi dan membiarkan sampah berserakan itu sama saja kalian mau membunuhku.

Wahai manusia, aku telah berusaha menjaga kalian hingga kukorbankan kulit indahku ini untuk melindungi kalian dari sinar matahari tapi kalian malah menyakitiku. Kini semuanya terserah pada kalian, apakah kalian ingin menjaga dan merawatku atau kalian ingin sang surya yang membunuh kalian secara perlahan.

Tepat di hari ini, 22 April 2011 kalian memperingatinya sebagai hari bumi. hari dimana aku akan lebih di ingat di banding hari-hari biasa. Aku hanya berharap di hari ini kalian bisa lebih memahami diriku, lebih mencintaiku dan berusaha menjagaku.

Surat di atas aku tulis sebagai salah satu wujud kepedulianku terhadap bumi kita. Di hari ini, aku ingin kita saling mengingatkan untuk lebih menjaga bumi kita tercinta, bumi tempat kita menapakkan kaki dan merasakan sejuknya udara pagi.

marilah kita sama sama menjaga bumi kita :)

..terima kasih..

pantun sayangi keluarga

 assalamualaikum..

kawan kawan jom ita sama sama baca pantun tentang keluarga





Masak lemak dengan kelapa,
Kelapa dicari oleh sang kera,
Cintai ibu sayangi bapa,
Pasti hidup aman sejahtera.

Buah naga masak merah,
Sedap dimakan oleh bibah,
Dengan ibu bapa jangan marah marah,
Takut di akhirat terima musibah.

Daun pandan wangi baunya,
Boleh dibuat bunga rampai,
Tolong menolong sesama keluarga,
Hubungan erat ukhwah tercapai.

Sorak papan tari papan,
Buah keranji dalam perahu,
Apa diharap masa hadapan,
Doa keluarga pohon restu.

Engkar dayang sultan pun murka,
Menutup lubang dipohon kera,
Kenapa sayang bermasam muka,
Bisa abang menghapus lara.

Terbang debu di balik pepohon,
Jatuh rebah askar upahan,
Sayang ibi ingat pesan,
Sayang abah patuh arahan.

Negara dijajah beralih kitaran,
Sabar menanti hadir purnama,
Cantik wajah bukan ukuran,
Indah pekerti syarat utama.

Rentak putera pendekar silam,
Keris belia lincah dilayang,
Hati gembira terhapus kelam,
Jiwa mulia semua pun sayang.



arti sahabat sejati

assalamualaikum..
semua yang sayang sahabatnya jom sama sama baca ;)










Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian. Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak berusaha mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari. Supaya engkau memperoleh sahabat, jadikan dirimu sendiri lebih dulu sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang lain.
Ungkapan sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang. Sahabat yang baik adalah orang yang berkata benar, dan bukannya orang yang hanya membenarkan kata-kata.
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan dukungan. walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menguntungkan. Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri “. Kesunyian bukanlah sekutu derita,melainkan sahabat ketinggian jiwa. Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang paling setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.
Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi
Perang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat.
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari pada percintaan. Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan.
Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri yang tahu menilai setiap apa yang kita lakukan.
Hadiah yang beharga dalam arti kata sahabat yang sebenarnya Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri.
Bergaullah dengan manusia sebaiknya Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindukan kamu
Yang indah itu pertemuan, Yang manis itu kemesraan, Yang pahit itu perpisahan, Yang tinggal hanyalah kenangan
SAHABAT MENANGIS! Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu,
tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu.
tetap sayangilah sahabat-sahabat sejatimu…..
Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, “Aku lupa”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, “Tunggu sebentar”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, “Tinggalkan aku sendiri”
nilai suatu persahabatan sebenarnya dilihat dari ketulusan hati dari kesediaan mau berkorban untuk sahabatnya..
engkaulah sahabat ku. :)

Wednesday, October 28, 2015

7 keajaiban dunia

assalamualaikum..

hai kawan kawan.

jom kita sama-sama timba ilmu pengetahuan tentang 7 keajaiban dunia..

1. Christ the Redeemer, Rio de Janeiro Brasil

Christ the Redeemer atau Patung Kristus Penebus adalah sebuah Patung Yesus yang berada di atas gunung Corcovado Kota Rio de Janeiro, Brasil. Patung Yesus ini memiliki ketinggian sekitar 38 meter dan memerlukan 5 tahun untuk menyelesaikannya.  Patung Christ the Redeemer atau Patung Kristus Penebus ini diresmikan pada tanggal 12 Oktober 1931 dan merupakan salah satu dari 5 monumen terbaik di dunia ini. Tangan Patung yang terbuka sebagai tanda kehangatan penduduk Brasil dalam menerima para pendatang ataupun wisatawan.



2. The Great Wall of China

The Great Wall of China atau Tembok Besar China (ada juga yang menyebutnya Tembok Raksasa China) adalah sebuah Tembok besar yang dibangun untuk menghubungkan benteng-benteng pertahanan dengan tujuan untuk  melindungi wilayah China dari penyerangan suku Mongol. Tembok Besar China yang dibangun mulai tahun 722 SM di Zaman Musim Semi Gugur hingga Dinasti Ming pada Tahun 1655 ini merupakan bangunan terbesar sepanjang sejarah peradaban manusia yang membentang di atas gurun, pengunungan dan dataran bagaikan seekor Naga Raksasa. Menurut pengukuran yang dilakukan oleh Badan Survei dan Pemetaan dan Badan Administrasi Warisan Budaya Republik Rakyat China pada tahun 2009, panjang keseluruhan Tembok Besar China adalah 8.850km. Tembok Besar China ini telah dimasukan sebagai Situs Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987 dan merupakan satu-satunya bangunan buatan manusia yang dapat dilihat dari Angkasa luar meskipun masih adanya perdebatan tentang pernyataan ini.


3. Machu Picchu, Peru

Machu Picchu adalah reruntuhan Inka yang terletak di wilayah lembah penggunungan Urubamba, Peru.   Machu Picchu merupakan sebuah kota yang dibangun pada tahun 1450 oleh kerajaan Inka , tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian ketika Kerajaan Inka ditaklukan oleh bangsa Spanyol. Istilah Machu Picchu jika diterjemahkan langsung ke bahasa Indonesia dapat diartikan menjadi “Gunung Tua”. Situs ini kemudian ditemukan kembali oleh arkeolog Hiram Bingham dari Universitas Yale pada tahun 1911. Machu Pichu termasuk salah satu situs warisan dunia UNESCO pada tahun 1983.


4. Petra, Yordania

Petra adalah sebuah kota yang didirikan dengan ukiran dinding-dinding pada tebing berbatu di Yordania. Kata Petra berasal dari bahasa Yunani yang artinya adalah Batu. Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean yang dibangun oleh Raja Aretas IV pada tahun 9 SM hingga tahun 40 Masehi. Situs ini ditemukan oleh penggelana Swiss yang bernama Johann Ludwig Burckhardt pada tahun 1812. Petra Yordania ini ditetapkan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada tanggal 6 Desember 1985. Petra Yordania merupakan simbol dari Teknik dan Perlindungan.



5. Pyramid at Chichén Itzá , Meksiko

Pyramid at Chichén Itzá adalah sebuah bangunan yang berbentuk Piramida dan dipercayai sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan Meksiko.  Di sekitar Chichen Itza terdapat beberapa bangunan seperti Piramida Kulkucan, Candi Chac Mool, dan bangunan seribu tiang. Chichen Itza yang dibangun sekitar tahun 800 Sebelum Masehi ini ditetapkan sebagai Situs Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1988.


6. Roman Colosseum, Roma Italia

Roman Colosseum merupakan sebuah bangunan yang diperuntukkan sebagai tempat penyelenggaran pertunjukan yang spektakuler seperti pertarungan antara binatang, pertarungan antara tahanan dan binatang serta pertarungan gladiator.  Situs Colosseum yang berada di Kota Roma Italia ini dibangun oleh Kaisar Vespasian pada masa Domitianus pada tahun 72 Masehi dan diselesaikan oleh anaknya yang bernama Titus pada tahun 80 Masehi. Colosseum yang berbentuk elips ini juga disebut dengan Flavian Amphitheatre. UNESCO menetapkan Colosseum sebagai Situs Warisan Dunia pada tahun 1980.



7. Taj Mahal Agra, India

Taj Mahal merupakan sebuah Monumen yang didirikan oleh Kaisar Mughal kelima yang bernama Shah Jahan untuk mengenang istri tercintanya Mumtaz Mahal yang wafat saat melahirkan putrinya Gauhara Begum (anak mereka yang ke-14). Monumen yang terletak di Agra India ini merupakan sebuah adi karya arsitektur Mughal yang dibangun pada tahun 1630 dan selesai pada tahun 1653. Taj Mahal ditetapkan sebagai Situs Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1983.



Terima kasih kerana sudi membaca ;)

keistimewaan kek dan gambar kek

Saya suka makan kek!!!! SEDAP SANGAT


Nak tahu tak keistimewaan kek!!!

Jom Baca sama sama.. 

saya sangat suka makan kek terutamanya kek buah buahan :)


kek buah buahan memberi banyak tenaga untuk kita...
terdapat banyak kek yang sedap yang kita selalu makan di majlis hari lahir seseorang..kek
ini selalu digunakan di majlis hari lahir bagi untuk meraikan hari bahagia seseorang..kek juga digunakan untuk majlis perpisahan,majlis ulang tahun perkahwinan dan banyak lagi diantara kek-kek
yang sedap ialah kek:

contohnya:

kek Coklat

kek Strawberi

kek Red Velvet

kek Vanila

kek Black Forest

dan banyak lagi

Mmmm.... sedapnyeee.. ;)

kami ada banyak gambar jom tengok sama-sama..

















Tuesday, October 27, 2015

keistimewaan dibalik rahsia 7 nama hari

.........ASSALAMUALAIKUM........

hai kawan kawan :)
mari sama sama kita baca cerita dibawah..
best sangat.. ;)



Misteri dibalik angka 7 begitu luar biasa banyak, bukan hanya menciptakan langit dengan tujuh lapis tetapi kemudian Allah menghias tujuh negeri besar itu dengan tujuh hari, iaitu Sabtu, Ahad, isnin, Selasa, Rabu, Khamis, dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari ini tujuh dari para Nabi, iaitu : Allah memuliakan Nabi Musa, as dengan hari sabtu, Isa Bin Maryam as dengan hari Ahad, Daud, as dengan hari isnin, Nabi Sulaiman, as dengan hari Selasa, Nabi Ya’qub, as dengan hari Rabu, Nabi Adam, as dengan hari Khamis, dan Nabi Muhammad saw beserta umatnya dengan hari Jumaat.
Tak hanya cukup berhenti disitu sahabat cerita, dibalik ketujuh hari itu Allah memberi manfaat agar kita mengambil hikmah yang bisa kita petik dari ke Tujuh hari tersebut, kita mulai dari
Hari Ahad : Sebagian Ulama mengatakan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari ahad. Maka barang siapa yang hendak membangun sesuatu atau menanam, maka hendaklah pada hari Ahad.
Hari isnin : Hari isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari isnin terdapat 7 kelebihan iaitu :
1. Nabi Idris, as. Telah naik ke langit pada hari isnin,
2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari isnin untuk menerima wahyu,
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya menjumpai Rasulullah,
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari isnin,
7. Wafatnya Rasulullah Muhammad saw.
Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar/mengadakan perjalanan maka baiknya lakukanlah pada hari isnin.
Hari Selasa : Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, Maka Beliau menjawab : Hari Selasa adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Kerana pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebagaian Ulama telah menjelaskan Bahawa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh, diantaranya :
1. Jurjais bin Fathin (Seorang pemuda ahli Ibadah, ia hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya,
2. Yahya, as,
3. Zakaria, as,
4. Tukang sihir Fir’aun,
5. Asiah binti Muzahim, Isteri Fir’aun,
6. Sahib, Sapi Betina Bani Israil,
7. Habil Putra Adam, as.
Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa.
Hari Rabu : Rasulullah saw ditanya tentang hari Rabu, Maka Beliau menjawab: Hari rabu adalah Hari Nahas yang terus menerus. Para sahabat bertanya," Mengapa demikian ya, Rasulullah?" Lalu Beliau menjawab: Kerana pada Hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, Memusnahkan kaum ’ad dan kaum Tsamud, yakni kaumnya Nabi Soleh yang ingkar terhadap kerasulan & kenabiannya. Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakit, hendaknya ia meminum obat pada Hari Rabu.
Hari Khamis: Hari Khamis adalah hari baik untuk menunaikan Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis.
Hari Jumaat : Allah menciptakan Adam dan Hawa pada hari Jumaat, dan kemudian pada hari itu juga Allah mengawinkannya. Maka barangsiapa yang mengadakan akad Nikah hendaklah dilaksanakan pada hari Jumaat. Sebagaian Ulama berkata : Telah terjadi Tujuh Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :
1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.
Hari Sabtu adalah Hari makar/Tipu Daya, karena terdapat Tujuh Peristiwa makar dan tipu daya terhadap tujuh orang soleh / kaum (Kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as, Kaum Nabi Soleh as terhadap Nabi Soleh as, Saudara2 Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as, Kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as, Kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as, Para pemuka (gembong-gembong) Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw, dan Kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah. Dan sebagian Ulama juga memaknai hari sabtu adalah hari baik untuk berburu.
Waallahu A'lam bi shawab. Semoga Allah memberi hikmah pada kita dari cerita di diatas. 
sekian cerita dari kami 
terima kasih kerana sudi membaca cerita ini...