Tuesday, October 27, 2015

keistimewaan dibalik rahsia 7 nama hari

.........ASSALAMUALAIKUM........

hai kawan kawan :)
mari sama sama kita baca cerita dibawah..
best sangat.. ;)



Misteri dibalik angka 7 begitu luar biasa banyak, bukan hanya menciptakan langit dengan tujuh lapis tetapi kemudian Allah menghias tujuh negeri besar itu dengan tujuh hari, iaitu Sabtu, Ahad, isnin, Selasa, Rabu, Khamis, dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari ini tujuh dari para Nabi, iaitu : Allah memuliakan Nabi Musa, as dengan hari sabtu, Isa Bin Maryam as dengan hari Ahad, Daud, as dengan hari isnin, Nabi Sulaiman, as dengan hari Selasa, Nabi Ya’qub, as dengan hari Rabu, Nabi Adam, as dengan hari Khamis, dan Nabi Muhammad saw beserta umatnya dengan hari Jumaat.
Tak hanya cukup berhenti disitu sahabat cerita, dibalik ketujuh hari itu Allah memberi manfaat agar kita mengambil hikmah yang bisa kita petik dari ke Tujuh hari tersebut, kita mulai dari
Hari Ahad : Sebagian Ulama mengatakan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari ahad. Maka barang siapa yang hendak membangun sesuatu atau menanam, maka hendaklah pada hari Ahad.
Hari isnin : Hari isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari isnin terdapat 7 kelebihan iaitu :
1. Nabi Idris, as. Telah naik ke langit pada hari isnin,
2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari isnin untuk menerima wahyu,
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya menjumpai Rasulullah,
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari isnin,
7. Wafatnya Rasulullah Muhammad saw.
Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar/mengadakan perjalanan maka baiknya lakukanlah pada hari isnin.
Hari Selasa : Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, Maka Beliau menjawab : Hari Selasa adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Kerana pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebagaian Ulama telah menjelaskan Bahawa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh, diantaranya :
1. Jurjais bin Fathin (Seorang pemuda ahli Ibadah, ia hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya,
2. Yahya, as,
3. Zakaria, as,
4. Tukang sihir Fir’aun,
5. Asiah binti Muzahim, Isteri Fir’aun,
6. Sahib, Sapi Betina Bani Israil,
7. Habil Putra Adam, as.
Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa.
Hari Rabu : Rasulullah saw ditanya tentang hari Rabu, Maka Beliau menjawab: Hari rabu adalah Hari Nahas yang terus menerus. Para sahabat bertanya," Mengapa demikian ya, Rasulullah?" Lalu Beliau menjawab: Kerana pada Hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, Memusnahkan kaum ’ad dan kaum Tsamud, yakni kaumnya Nabi Soleh yang ingkar terhadap kerasulan & kenabiannya. Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakit, hendaknya ia meminum obat pada Hari Rabu.
Hari Khamis: Hari Khamis adalah hari baik untuk menunaikan Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis.
Hari Jumaat : Allah menciptakan Adam dan Hawa pada hari Jumaat, dan kemudian pada hari itu juga Allah mengawinkannya. Maka barangsiapa yang mengadakan akad Nikah hendaklah dilaksanakan pada hari Jumaat. Sebagaian Ulama berkata : Telah terjadi Tujuh Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :
1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.
Hari Sabtu adalah Hari makar/Tipu Daya, karena terdapat Tujuh Peristiwa makar dan tipu daya terhadap tujuh orang soleh / kaum (Kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as, Kaum Nabi Soleh as terhadap Nabi Soleh as, Saudara2 Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as, Kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as, Kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as, Para pemuka (gembong-gembong) Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw, dan Kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah. Dan sebagian Ulama juga memaknai hari sabtu adalah hari baik untuk berburu.
Waallahu A'lam bi shawab. Semoga Allah memberi hikmah pada kita dari cerita di diatas. 
sekian cerita dari kami 
terima kasih kerana sudi membaca cerita ini...






No comments:

Post a Comment